SILA KLIK TERUS KE HALAMAN UTAMA DI BAWAH UNTUK INFO TERKINI

"SELAMAT DATANG KE LAMAN URUT TRADISI "

Friday, October 2, 2009

MACAMMANA / BAGAIMANA NAK TAHU / KENAL TUKANG URUT MAHIR ATAU TIDAK


 Lokasi, peta , panduan, masa, harga dan segala maklumat ada dibawah, sakit baru atau lama, sakit sedikit atau sangat sakit, rasa tak selesa dan sebagainya.

Pernah Sakit urat, sakit bahagian belakang sehingga menyukar kan untuk memusing kepala kekanan atau kiri. Merebak kebahagian leher dan dada kanan atau kiri. InsyaAllah boleh dirawat segera.

Upah Urut

Rm 70 sejam
Rm 100 Satu setengah jam
Rm 140 2 jam

Upah Urut lemah syahwat
Rm 70 lemah syahwat
RM 140 badan dan lemah syahwat

Hubungi Abg Arie ~ 0122948937  No Sms. Soalan yang mengarut tak akan dilayan. ( sila salin peta dan panduan kesini )


dari 10 pagi 7  malam ( last call) untuk temujanji. 
Panggilan keluar atau out call tak buat.  Hanya temujanji sahaja untuk kemudahan dan keselesaan anda. Dan memudahkan mengatur masa.

Temujanji sekitar sejam atau lebih sahaja sebelum datang. Temujanji terlalu awal seperti sehari atau dua hari sebelumnya tidak digalakkan. Ini kerana selalu berlaku perubahan disaat2 akhir kerana hal2 yang tak dapat dielakkan seperti kecemasan dan sebagainya.

Penting!!!
Sila salin dan rujuk peta serta panduan dibawah supaya tidak sesat. Jika tak jumpa sila talipon untuk bertanya arah. Terima kasih.


Masuk taman melawati, jalan terus sampai jumpa bulatan hilside. ( Roundbout ). Ambil jam 12, jalan depan sikit nanti jumpa masjid sebelah kiri. Jalan lagi jumpa bus stop sebelah kiri. Ambil simpang kanan yaitu jalan melawati yang berdepan bus stop. Jalan depan sikit, ambil lorong kiri yang kedua, tak ada nama jalan. Ambil kiri lagi naik atas bukit. Nanti jumpa simpang tiga, ambil kanan. Jalan depan sikit nanti jumpa rumah no 7 pagar hijau atas bukit. Jarak antara simpang masuk taman melawati tadi kesini lebih kurang 2 kilometer saja. Atau 1/2 jam berjalan kaki.

Tidak perlu bawa kain atau tuala kerana semua sudah tersedia. Kain cadar dan sarung bantal sentiasa ditukar setiap kali sesi urutan selesai. Semuanya bersih.

Bagaimanapun untuk lebih yakin  digalakkan bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik.

Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa.

Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya.

Perhatian
segala maklumat didalam ini sentiasa betul dan sama. Jika ada perubahan saya akan beritahu disini. Tidak ada lain-lain perkhidmatan selain yang tertera di halaman ini. Harap faham betul-betul.Maaf, terima kasih.


Bulatan hillside.




Gambar-gambar hanya untuk memudahkan anda mengecam sepanjang jalan kesini.



90 Peratus daripada orang-orang yang mencari tukang urut mahu tukang urut yang benar-benar mahir. 5 Peratus hanya mencari tukang urut untuk tujuan serong ( main-main ) dan tidak peduli samaada tukang urut itu mahir atau tidak. 4 Peratus lagi tidak kisah, manakala 1 peratus lagi hanya bertujuan samaada untuk mencuri ilmu tukang urut secara diam-diam, ada juga untuk tujuan penulisan contohnya wartawan samaada baik atau tidak, dan ada juga yang suka-suka nak kenal tukang urut.

Pertama tukang urut yang mahir tidak semestinya dilihat pada bentuk fizikal. Tidak semestinya tua, atau bertubuh gempal, kurus , berjari keras, kasar dan sebagainya.

Yang penting selepas berurut anda merasa lega, badan ringan, kesakitan hilang atau sekurang-kurangnya SAKIT berkurangan.

PERHATIAN...Semasa sesi mengurut, si tukang urut dan yang kena urut berada dalam keadaan posisi yang selesa dan relak, pencahayaan tidak terang dan tidak gelap supaya anda dan tukang urut selesa. Biasanya tukang urut tidak selesa jika anda merenung dirinya ( dibahagian depan ) semasa sesi mengurut berjalan. Jika anda melakukannya ini barangkali akan dibalas dengan raut muka yang serius. Tapi tidak semua tukang urut begitu, sebab ada yang tak kisah. ( Selalunya yang suka tenung tukang urut semasa sesi urut berjalan mempunyai niat serong atau tidak sopan). Jadi jangan lakukannya.

KEDUANYA

Tukang urut yang mahir tidak akan melanggar tulang anda dengan jari-jarinya semasa mengurut. Ini akan membuatkan anda merasa pedih dan tak selesa. Ada perbezaan antara sakit sebab teknik urut yang salah dengan sakit sedap apabila diurut dengan betul. Tapi bagi yang tak biasa diurut atau memang tak tahan sakit tetap akan merasa sakit ( tak semua ) walaupun diurut dengan betul samaada diurut dengan perlahan atau kuat. Cuba lah bertahan kerana kesan, kebaikan dan nikmatnya akan terasa selepas selesai sesi urutan.

Ini salah satu sebab saya mampu bertahan dan pesakit semakin bertambah sejak 11 tahun yang lalu kerana mereka terus datang berulang kali bila sampai masanya. Seelok-eloknya sebulan sekali. ( Bagaimana pun bergantung pada keserasian anda dengan situkang urut )

Kebersihan juga penting. Anda tidak akan selesa jika tempat yang anda kunjungi kotor, seperti alas bantal dan tilam serta kain tuala nya diragui tak bersih. Jadi digalakkan anda membawa sendiri kain atau tuala kerana anda lebih yakin dan selesa.

Akhirnya, anda sendiri dapat bezakan antara tukang urut mahir dengan tak mahir selepas anda bangun pagi. Jika semalamnya anda tidur lena dan bila bangun anda rasa segar, ( kalau ada sikit-sikit rasa kesan urutan tak apa, tak lama akan hilang, sesetengah orang akan rasa begitu, terutama yang tak pernah berurut ). Datang lah berurut sekurang-kurang nya sebulan sekali.

Tetapi jika bangun tidur masih ada rasa sakit berdenyut, rasa bengkak sana sini, pedih, tak selesa, makin sakit, sila cari tukang urut lain, kerana anda telah diurut oleh tukang urut cari makan.

NOTA... Bagi yang sakit dah lama atau teruk selalunya disuruh ulang tiga kali urut baru betul-betul sembuh

NOTA... Kalau ada yang kata tak nak urut sebab takut ketagih, itu hanyalah dongeng, atau cakap-cakap dengar. Sebenarnya bukan ketagih, tapi tubuh badan siapapun kita tetap kena servis bila ada yang tak kena. Tak percaya tunggulah umur anda lanjut.